Saturday, June 14, 2008

Jodoh Di tangan Tuhan

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…-Amin, UK-"



Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hatimula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.



Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….



Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun,sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YMdan juga friendster. Dan ketika itu,aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja.Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.



Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluarberjalan-jalan daripada pagi sampai kepetang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk,tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana.Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal bolehberjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ.Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…



Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga,tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendekcerita!."



"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.



"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.



Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya.Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalauaku jawab lagi, mesti dia 'counter'lagi. Huh. Diam sahaja lah!



"Erh, abaikan je lah. Saja je sayatanya…" Amin cuba menyedapkan hati.



Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja.Itu pun boleh dibilang dengan jari.Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli.Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan -'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.



'Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.



Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini.Aku masih setia menanti kepulangannya.Dan aku yakin dia juga setia pada aku.Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Diataklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.



Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.



'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMSberbunyi. Nombor Amin yang terpapar.



"Esok free tak? Boleh kita chatting?"



"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah,takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinanaku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.



"Ok.Tq..." balasnya pula.Keesokannya, aku menanti awal diaonline.'



Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.



Oh, tepat sungguh waktunya...



Amin: assalamualaikum wbt.



Wani: wsalam…Amin: apa khabar? sihat? iman baik?



Wani: alhamdulillah... sihat2..=)awak?



Amin: alhamdulilah… baik2 juga… imanselalu turun naik sejak kebelakagn ni…tp takpe, ok je semua



Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw,thanks for the bday wish last week...



Amin: welcome… tak balik. byk kerjasket tahun ni… lagi pun saya nak trybekerja… cari duit...



Wani: wah, rajinnya... baguslah!



Amin: hurm...Amin: study macam mana?



Wani: ok je... new sem ni berat sket..Jadual pack.



Amin: oic...



Amin: takpe, study rajin2 ye..



Amin: hurm, dah lama nak tanya nisebenarnya…



Amin: hurm…



Wani: apa dia? tanya la… sila2..



Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm,apa pendapat awak tentang kitasekarang?



Wani: erh… macam awak kata dalam emailtu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… taklebih daripada tu… tp, special sket…tiada couple-couple mcm org lain…declare pun tak kan?



Wani: so, statusnya kawan je la…



Amin: hurm……..



Wani: erh, tak betul ke?



Amin: hurm.. ni opinion je la - antaralelaki dan perempuan yg bukan mahram,tiada perhubungan yang lebih akrabmelainkan hubungan suami isteri shj…yg lain2.. atas alasan aper skali punia tak patut diterima..



Aku tergamam seketika. Tertampar kerasjuga rasanya…



Wani: jadi…



Amin: saya rasa kita harus stop… stopuntuk berpisah…



Amin: sbb……



Amin: sbb saya sedar yg semua iniadalah salah dan juga keliru…



Amin: benda ni akan buatkan hatiternodai… zina hati akan banyakberlaku…



Amin: walaupun kita jauh, tak call,tak jumpa dll, tapi hati tetapber’zina’…



Amin: huh…



Amin: saya bercakap itu dan ini padaorg ramai… tapi, dalam masa yang samasaya meyelindungi sesuatu yang taksepatutnya saya buat…



Amin: kononya Islamik…



Amin: saya rasa cara ni tak betul…kita sbnrnya yang dah menyarungkanbenda yg tak baik ni dgn Islam… then,org nampak Islamik…



Amin: saya rasa takde beza pun kitadgn org lain yg duk ber’couple2’nieh..



Amin: hurm…..



Amin: jadi, saya rasa kita harusberpisah…



Amin: demi menjaga diri…& sama-samauntuk kembali harungi hidup dalamredha Ilahi…



Amin: sorry… sorry byk2 untuk segalaapa yang telah kita buat…



Amin: dan sorry juga sbb telah membawaawak ke jalan yang lupa pada-Nya…



Amin: andai ada jodoh, mogadipertemukan…



Astaghfirullahalazim… Aku beristighfarpanjang. Ku kesat peluh di dahi… Airmata jahiliyah ku deras menitismembahasi meja. Sedikit terpercik padakeyboard laptop. Aku tak sangkaperkara seperti ini akan terjadisepantas ini. Ringkas, lembut,berhikmah serta points-nya yang jelasmembuat aku tak dapat membantah danberkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dansesekali timbul rasa kesal pun ada.Tapi, semua itu tak bermakna lagi…



Aku tak mampu lagi untuk menyambungperbualan tersebut. Ku pasrah danterima sahaja keputusan yang dibuatoleh Amin itu. Di saat ini, hanyaAllah yang bisa mendengar bisikan hatirapuh ini. Dialah juga tempat ku pohonkeampunan atas segala kekeliruan yangtelah aku timbulkan. Rupanya selamaini aku telah tertipu dengan biskanmusuh, mengikut jalan taghut,mencampurkan halal dan haram, sertamengandunkan yang Islam dan al-hawa…



Cinta hakiki hanyalah pada Allah…



Tiba-tiba aku teringat hadis halawatuliman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allahdan RasulNya lebih daripadamakhlukNya, kemudian mencintaiseseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untukkembali kepada kekufuran sebagaimanaia benci dicampakkan dirinya ke dalamapi neraka. Dengan demikian barulahdapat merasai kemanisan iman itu.Hanya Allah sahajalah yang layakmemberi hidayah kepada sesiapa yangdikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkandan teguhkan hatiku menghadapi dugaanini dan moga-moga diringankan bebanyang ku pikul ini.



Aku terus menjawab ringkas….



Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…



Wani: moga awak bahagia dan suksesselalu di sana. doakan saya juga.



Wani: wassalam.



Signed out



Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah padadasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbinamelalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah,saling mengejut Qiamulali, SMS ayat-ayat Quran sertahadis, tapi semua itu memang tak betulcaranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk peribadi… Astaghfirullah..Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.



“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah naksampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itutatkala mendengar sahutan suamiku,Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.



“Ya bang, Wani turun…”



Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’kepada beliawan-beliawanis Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diriaku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yangs ebenar dalam menguruskan soal cinta.

1 comment:

AVQBSAPEN said...

siti syazwani..huhu..cm nda nma lain..xp~