“Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w. kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam2 perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimanapun keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan2 yang ada pada diri anda. Nah,anggap itu satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia sutu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang2 kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadi buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba. Bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang2 seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang2 seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak2 mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama2 di TV kisah hidup orang yang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak2nya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang yang cantik, orang yang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia itu selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!”
Petikan motivasi: DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ (siri ; 160)
No comments:
Post a Comment